Tuesday, July 31, 2012

senyum itu

saat ini hatiku leka seketika
menatap gambar wajah adinda
yang sentiasa buatku senyum sahaja
terkenang dikau wahai adinda

kau sentiasa pamerkan ayumu
kau sentiasa serlahkan gembira itu
senyummu buatku terpaku
terbayang bayang setiap waktu

hati mana yang kan tertawa
hati mana yg kan senyum gembira
melihat ayu senyummu itu
melihat comelnya tersipu malu

sesuatu yang buatku terleka
bila adinda di depan mata
hadiahkan segar mata kekanda
bagai dunia kanda yang punya

dinda yang kanda puja
sentiasalah berada di sisi kanda
dalam duka dalam ketawa
hilangkan nestapa hadirkan ceria

kerana adinda kanda gembira
walau berduka kau sentiasa ada
menemani setiap saat bersama
sesungguhnya senyum itu membawa bahagia


(c) reef. 
31072012.