Tuesday, July 31, 2012

senyum itu

saat ini hatiku leka seketika
menatap gambar wajah adinda
yang sentiasa buatku senyum sahaja
terkenang dikau wahai adinda

kau sentiasa pamerkan ayumu
kau sentiasa serlahkan gembira itu
senyummu buatku terpaku
terbayang bayang setiap waktu

hati mana yang kan tertawa
hati mana yg kan senyum gembira
melihat ayu senyummu itu
melihat comelnya tersipu malu

sesuatu yang buatku terleka
bila adinda di depan mata
hadiahkan segar mata kekanda
bagai dunia kanda yang punya

dinda yang kanda puja
sentiasalah berada di sisi kanda
dalam duka dalam ketawa
hilangkan nestapa hadirkan ceria

kerana adinda kanda gembira
walau berduka kau sentiasa ada
menemani setiap saat bersama
sesungguhnya senyum itu membawa bahagia


(c) reef. 
31072012.

Monday, July 30, 2012

Rindu Ini

Membaca puisi cinta..puisi rindu
termangu hati ini lagi
merintih rindu yang satu
menahan kalbu hakiki

Hati jiwa ini andai dimengerti
Merintih merindu sepi
Kalam yang satu dibasahi
Menyapa hati agar kian bersemi

Alam..
Pujuklah hati ini

Bulan..
Sejukkan jiwa ini

Hujan..
Limpahkan rinduku ini

Saat berdetik terus detik
alam terus sunyi merisik
bulan kan terus berbisik
Menunggu hujan turun rintik

Angin tolong sampaikan rindu ini
Buat adinda si jantung hati
Dialah penyeri dialah ilham hati
Moga sempurna kalbu kandamu ini



(C) REEF.30072012.

Friday, July 27, 2012

Warna Disember

Setiap bulan ada cerita
semua rasa semua sukaduka
jangan hanya sekelumit rasa duka
kita lupakan manisnya sejambak gula

ku baru rasai satu perkara
sangat menyentuh jiwa raga
satu disember membawa duka
buat insan yg ku puja-puja

tolong jangan salahkan disember saya
tolong relakan untuk saya
sesungguhnya disember sangat bermakna
untuk tuan putera idaman dinda

disember selalu buatku ceria
disember juga penuh makna segala
pintaku padamu lupakanlah segala
agar disember warnakan semula dunia

hati sedih menatap luka
diciptakan Disember buatku gembira
bukan untuk bermuram durja
hilang manis hilang segala

tolonglah faham tolonglah dinda
kanda akan terus berduka
jika disember masih bermakna duka
pada adinda yang jauh di mata

kuatkan hati kuatkan rasa
jadikan Disember faktor penguat segala
Ingat Disember ingatlah kanda
kuwarnakan semula jiwa yang lara



dedicated to the author of "tentang december"
from lelaki disember... (C) REEF 27072012



Tuesday, July 24, 2012

Bintang Hatiku



Yang kini engkau cinta
sebagai bintang hati
teruslah berpijar
hingga saat kau lelah
kau hanya bisa temani
untukku saja

hingga esokku berarti
bepata cintaku untuk kau hias
sebagai bintang hatimu
hingga hari sekian cintamu utuh
bersamaku

Engkau dinda yang kupuja
teruslah bermimpi indah
hingga hariku menjemput impian
Engkau dinda yang kusayang
teruslah berharap
bawa aku bintang hati yang terindah

Bila usai cintamu ku hanya bisa
nyanyikan lagu ini untukmu

Engkau dinda yang kupuja
teruslah bermimpi indah
hingga hariku menjemput impian
Engkau dinda yang kusayang
teruslah berharap
bawa aku bintang hati yang terindah



Bidadari Mimpi


Dulu aku pernah bermimpi
Bertemu si idaman hati
Yang buat ku terus senyum sendiri
Buat berbunga-bunga di hati

Putih comel si idaman hati
Bermata kecil berlesung pipi
Sekali senyum terus ku jatuh hati
Tapi di manakah ingin ku cari

Dia terus menjadi inspirasi
Buat bekalan kukuh di luluh hati
Kucari-cari tak pernah berhenti
Sampai masa akan kutemui jua nanti

Kini tiba saatnya kini
Satu gambar menyedarkan diri
Si idaman hati telah dijumpai
Buat hati berdegup-degup kini

Dialah dinda yg kucari-cari
Yg sentiasa bermain dlm sanubari
Dialah Bidadari mimpi selama ini
Teruslah jadi bintang di hati ini

Kutemui akhirnya si idaman hati
Yang kupanggil si Puteri Hati
Si pendamai jiwa, si penyeri hati
Moga kasih itu kan terus bersemi



(C) REEF
24.07.2012

Saturday, July 21, 2012

Aku Ingin MencintaiMu

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU Ya Rabbi…

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Saturday, July 14, 2012

Tentang Rasa

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkanku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Kau titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Dapatkah selamanya kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Malam Ini

Malam sangat indah dipandangan
bersama sinar bulan yang terang bercahaya
memberi ketenangan menjengah ke dalam jiwa
lalu aku bersyukur atas rahmatNya

Menghilangkan resah yang bertandang
melimpahkan bahagia ke dasar sanubari
sehingga ku terlupa segala lara yang tersembunyi
malam ini sepi.. namun ia indah sekali...


Wednesday, July 4, 2012

Si Mata Kenit

Dia memang Istimewa
Dia memang mempersona
Tapi dia bukan gula
Dan juga bukan cuka
eh bukan juga penambah perisa

Dia suka buat 'orang' gembira
Tapi dia bukan pelawak maharaja
Buat apa bermuram durja
Tinggalkan duka lahirkan ketawa

kalau betul bagai dikata
orang itu hendak berkata-kata

Kuberikan masa untuk luah segala
ingin ku dengar semua cerita


Si manis si mata kenit
cuba buka mata sikit

comeyyyyyy..... (^_^)


(C) REEF.04072012.

Gagah


Hidup tak selalunya indah
Tapi bukan bermakna kita perlu mengalah
Jangan resah
Jangan gundah
Jangan sesekali berpatah arah

Hari ini kita merancang
Esok kita berjuang
Berjuang di medan perang
Berjuang untuk menang
Jangan fikir untuk kecundang

Sekali berperang kita tumbang
Jangan sesekali kita pulang
Berjuang dan terus berjuang
Gagah terus menyerang
Gagah kita menang

Andai esok masih ada
Akan ku siapkan segala
Berpadu di lembah jaya
Dengan segala kudrat yang ada
InsyaAllah pasti Berjaya

Maju terus maju
Hidup terus hidup
Berkhidmat selagi perlu
Amanah selagi hidup

Lawan tetap lawan!


(C) REEF.03072012.

Monday, July 2, 2012

Tika Bertemu


Tika bertemu..
Jiwa berlagu-lagu
Raga meruntun sendu
Lidah mengukir kelu

Apa yang kau rasa
Bila jiwa bertemu raga
Saling luahkan kata-kata
Buat azimat penyeri jiwa

Melankolik dunia sering cemburu
Bila dua hati menjadi satu
Tak terbelah arus waktu
Dalam cakerawala nan satu

Datang padaku..
Jiwa yang tulus itu
Datang kepangkuanku
Bersama alunan irama rindu

Kurindukan merdu suaramu
Kurindukan manja tawamu
Kurindukan comel senyummu
Saat kita... Tika Bertemu


(C) REEF.30.06.2012.