Friday, July 27, 2012

Warna Disember

Setiap bulan ada cerita
semua rasa semua sukaduka
jangan hanya sekelumit rasa duka
kita lupakan manisnya sejambak gula

ku baru rasai satu perkara
sangat menyentuh jiwa raga
satu disember membawa duka
buat insan yg ku puja-puja

tolong jangan salahkan disember saya
tolong relakan untuk saya
sesungguhnya disember sangat bermakna
untuk tuan putera idaman dinda

disember selalu buatku ceria
disember juga penuh makna segala
pintaku padamu lupakanlah segala
agar disember warnakan semula dunia

hati sedih menatap luka
diciptakan Disember buatku gembira
bukan untuk bermuram durja
hilang manis hilang segala

tolonglah faham tolonglah dinda
kanda akan terus berduka
jika disember masih bermakna duka
pada adinda yang jauh di mata

kuatkan hati kuatkan rasa
jadikan Disember faktor penguat segala
Ingat Disember ingatlah kanda
kuwarnakan semula jiwa yang lara



dedicated to the author of "tentang december"
from lelaki disember... (C) REEF 27072012