Thursday, December 8, 2011

On my birthday...




The Birthday Cake

Today is my birthday
I think I’ll make a cake
Mix and stir, stir and mix
Then into the oven to bake.
Here’s the cake so nice and round,
I’ll put icing on so white.
I’ll put on all the candles
To make my birthday bright!

Happy birthday to me!


** REEF ** FRIDAY, 9 DECEMBER 2011 **

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Lahir


Biar masa berganti waktu
Biar waktu berganti detik
Hidup masih perlukan waktu
Hidup pasti perlukan detik


Detik akan terus berlalu
Usia akan terus berjalan
Yang penting kita kuat selalu
Tanda hidup mesti diteruskan


Yang merah itu saga
Yang lorek itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang baik itu budi


Selamat Hari Lahir Sahabat
Moga hidup dilimpahi rahmat
Moga hidup mendapat berkat
sentiasa.. dunia akhirat... 


amiin...


(c) reef 2 miss confident bday

kabus pagi

bangun pagi
kabus tebal sekali
tanda hari kurang panas hari ini
mungkin juga tanpa mentari menyinari

menjelang tengahari
mentari terus menyinari
hari tapi kabus masih di sini
macam cuaca di tanah tinggi

petang nanti
hujan dijangka turun lagi
kabus akan berlalu pergi
tanda kebesaran Yang Ilahi

terima kasih kabus pagi
terima kasih sang mentari
terima kasih Ya Ilahi
terima kasih untuk hari ini




(c) reef 2011

Saturday, July 2, 2011

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka

warna kuning diisytihar racun terbisa

Diragutnya baju-T segeram tenaga

dan diumum itulah busana bahaya

Tapi, kita jahit semula perca kain

menjadikannya panji terindah dan tulen

Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu

kita kembalikan damai ke dalam qalbu

Kini cahaya mentari mungkin diramas

dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas

Memanglah mereka kini peludah warna

sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya

Kerana nikmat amat lama berkuasa

kuasa pun seolah menjadi hartanya



Sebuah karya Dato' A.Samad Said